230301-02941-11
Klinik Dr Aziah
Servis
Menyediakan perkhidmatan perubatan pakar yang lengkap, terutamanya dalam bidang kesihatan wanita, ginekologi, dan penjagaan antenatal.
Rawatan Pesakit Luar
- Rawatan kecemasan
- Rawatan pemeriksaan kesihatan
- Rawatan penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, dyslipidemia, pesakit HIV dan penyakit kelamin
- Imunisasi buat semua peringkat umur
Pemeriksaan Antenatal Ibu Mengandung
- Booking / pendaftaran “buku pink”
- Pakej rawatan ibu mengandung yg lengkap bermula dari awal kandungan sehingga akhir kandungan(40 minggu) bersama pakar perubatan keluarga
- Imbasan ultrasound untuk pengesahan dan perkembangan kandungan.
Imbasan Ultrasound
Ultrasound biasanya digunakan untuk tujuan tertentu yang membantu dalam diagnosis awal atau pemantauan keadaan pesakit di klinik.
Pemeriksaan Kehamilan:
- Salah satu kegunaan utama ultrasound di klinik adalah untuk memeriksa perkembangan janin semasa kehamilan, terutama pada peringkat awal. Ultrasound ini membantu dalam memastikan perkembangan janin yang sihat dan juga untuk mengesan masalah seperti kehamilan luar rahim/ektopik.
- Terdapat ultrasound 2D/3D/4D sehingga 6D(Silhouette)
Diagnosis Awal Masalah Perut atau Organ Dalam:
- Pemeriksa masalah di dalam perut atau organ seperti hati, ginjal, atau pundi hempedu.
- Pemeriksaan sistem urology seperti ginjal, pundi kencing, prostate daan testis
- Pemeriksaan kelenjar Tiroid untuk mengenal pasti tanda-tanda masalah tiroid seperti pembengkakan atau ketulan.
- Pemeriksaan Payudara untuk mengenalpasti ketumbuhan sebagai saringan dan rawatan sebelum di rujuk ke fasiliti hospital.
Pemeriksaan sakit puan/ginekologi:
- Mengesan masalah kepada peranakan wanita seperti fibroid, sista ovari, ketumbuhan yg maligna dan rawatan kesuburan(mengesan folikel dan ketebalan dinding rahim)
- Rawatan uterovaginal prolaps/tombong menggunakan mesin Emsella dan cecincin (vaginal ring)
- Prosedur pembedahan mudah jika terdapat polyps di pangkal rahim.
- Merawat keputihan di faraj dengan menggunakan rawatan ubat-ubat terkini dan berkesan.
Rawatan Vaginismus
Rawatan vaginismus di klinik bertujuan untuk mengurangkan gejala dan membantu pesakit mengatasi masalah ini, dengan memberi tumpuan kepada pendidikan, terapi fizikal, dan sokongan psikologi. Rawatan ini sangat terhad kerana kekurangan klinik swasta yg menawarkan perkhidmatan ini.
Rawatan & Pemantauan Berterusan
- Rawatan Vaginismus Memerlukan Masa dan Usaha Berterusan: Penting untuk melakukan sesi terapi secara berkala dan berkomunikasi dengan pakar mengenai kemajuan serta cabaran yang dihadapi.
- Kesan Rawatan: Dalam kebanyakan kes, wanita yang menjalani rawatan ini mengalami peningkatan yang ketara, walaupun rawatan mungkin memakan masa beberapa minggu hingga beberapa bulan.Ramai pesakit kami yg berjaya dan telah mengandung selepas sesi kaunseling dan rawatan bersama Dr Aziah.
Program Pengurusan Obesiti
- Mempunyai lebih 300 pesakit sehingga kini yang mendapatkan rawatan masalah berat badan/obesiti.
- Klinik mempunyai rawatan ubat secara oral dan suntikan yg berkesan dan ‘up to date’ mengikut panduan rawatan terkini obesiti di Malaysia.
- Menggunakan penimbang InBody untuk mengira lemak viseral, otot dan lemak badan secara tepat
- Ubat seperti suntikan Saxenda(liraglutide), suntikan Ozempic(semaglutide) suntikan trulicity(dulaglutide) dan ubat oral seperti Contrave, duromine dan rybelsus terdapat di klinik Dr Aziah dengan harga yang amat munasabah.
- Modul penurunan berat bdn yg berkesan
Rawatan Kesuburan (Infertiliti)
- Rawatan untuk masalah-masalah kesuburan wanita seperti Polycystic ovarian syndrome(PCOS), endometriosis, ovarian cyst, fibroid dan masalah menses
- Menyediakan ubat kesuburan seperti clomid dan letrozole serta suntikan .
- Menyediakan prosedur kesuburan iaitu permanian beradas atau Intrauterine Insemination(IUI)
- Mempunyai rangkaian kolaborasi bersama Mahkota Medical Centre, Melaka dan pakar fertiliti
- Rawatan untuk masalah kesuburan lelaki (kualiti sperma) dan kesihatan lelaki seperti masalah mati pucuk(erectile dysfunction) dan ejakulasi pramatang
Perancang Keluarga
Servis perancang keluarga membantu individu atau pasangan merancang kehamilan secara selamat dan berkesan dengan mengawal bilangan, masa, dan jarak kehamilan mengikut keperluan masing-masing. Perkhidmatan ini merangkumi kaunseling, pelbagai pilihan kaedah seperti pil, suntikan, IUD, implan, kondom dan kaedah semula jadi, pemeriksaan kesihatan sebelum penggunaan, pendidikan tentang kepentingan perancangan keluarga, serta sokongan susulan bagi menguruskan sebarang kesan sampingan.
Semua kaedah terdapat di Klinik Dr Aziah.
Rawatan Pesakit HIV (PLHIV)
Rawatan PLHIV di klinik kami memberi tumpuan kepada penjagaan menyeluruh bagi memastikan kesihatan pesakit kekal stabil dan kualiti hidup terpelihara. Dengan pengalaman luas dalam pengurusan HIV serta latihan pasca ijazah di HUKM, Dr Aziah menyediakan penilaian kesihatan berkala, ujian viral load dan tahap CD4, preskripsi serta pemantauan rawatan antiretroviral (ARV/HAART), sokongan emosi dan kesihatan mental, pencegahan jangkitan termasuk vaksinasi yang diperlukan, serta pemantauan berterusan bagi memastikan keberkesanan rawatan dan mengesan sebarang kesan sampingan.
Rawatan Penyakit Kronik (Diabetes, Hipertensi, Kolesterol Tinggi – Dislipidemia)
Rawatan berkala buat pesakit kronik dan mempunyai pelbagai pilihan ubat terkini buat pesakit bagi mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti.
Rawatan Kanak-Kanak (Perkembangan & Imunisasi)
Semua vaksin terutama yang diwajibkan dan disarankan oleh KKM terdapat di klinik.
Rawatan Untuk Wanita Menopaus
Servis rawatan wanita menopause di Klinik Dr Aziah memberi tumpuan kepada penjagaan menyeluruh bagi membantu wanita menguruskan perubahan hormon dan simptom semasa perimenopause dan menopause. Perkhidmatan ini merangkumi kaunseling dan pendidikan mengenai simptom seperti hot flushes dan perubahan mood, terapi hormon menopaus (MHT), sokongan kesihatan mental, pemantauan kesihatan berkala termasuk risiko osteoporosis dan penyakit jantung, nasihat pemakanan serta pengurusan berat badan, rawatan gejala fizikal seperti kekeringan faraj dan gangguan tidur, panduan senaman dan gaya hidup sihat.
Sesetengah wanita mungkin berminat untuk mencuba rawatan alternatif seperti suplemen PHYTOESTROGEN yang terdapat di Klinik Dr Aziah yg sangat berkesan.
Rawatan Rehabilitasi Otot Lantai Pelvik (Kerusi Emsella)
Rawatan rehabilitasi otot lantai pelvik menggunakan BTL Emsella ialah terapi non-invasif untuk menguatkan otot pelvik bagi merawat inkontinens urin, kelemahan selepas bersalin, penuaan, dan masalah prostat. Dengan teknologi Electromagnetic Stimulation (EMS), ia merangsang kontraksi otot secara intensif tanpa pembedahan atau suntikan, dan setiap sesi hanya mengambil masa kira-kira 28 minit sambil pesakit duduk dengan selesa.
BTL Emsella merupakan pilihan yang efektif(sehingga 95%) dan mudah bagi mereka yang ingin memperbaiki kesihatan otot lantai pelvik, terutamanya untuk mengatasi masalah inkontinens urin atau meningkatkan kualiti hidup seksual.
Rawatan Masalah Kesihatan Seksual & Penyakit Kelamin
- Rawatan disebabkan penyakit kelamin yg lengkap dan menjaga privasi pesakit.
- Merawat penyakit kelamin mengikut punca/diagnosis.Rawatan oral beserta suntikan mengikut rawatan terkini.
- Kaunseling tentang penyakit kelamin dan cara menghindarinya dan rawatan terbaik.
Khatan Kanak-Kanak Perempuan & Lelaki (Temu Janji)
- Perkhidmatan khatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dengan prosedur yang selamat serta selesa.
- Menggunakan teknik moden bagi memastikan proses yang kurang sakit dan penyembuhan lebih cepat.
- Kaunseling dan penerangan sebelum prosedur untuk memastikan keselesaan dan keyakinan ibu bapa serta anak.
Pembedahan Kecil
- Membuang tumour seperti lipoma/sebaceous cyst
- Membuat I&D (incision and drainage)
- Membuang skin tag/ketuat di badan
- Cuci luka
Medical Check-up: Kemudahan Penyiasatan Perubatan di klinik Dr Aziah (keputusan diperolehi serta merta atau pada hari yg sama)
- ECG ( Electrocardiogram )
- Ujian darah ( Full Blood Count )
- Pemeriksaan Gula Darah
- Ultrasound untuk antenatal
- Ultrasound Gynecology
- Ultrasound Abdomen
- Pemeriksaan urin / urinalisis
- Pemeriksaan darah bayi yang kuning/jaundice ( TSB )
- Pemeriksaan darah untuk penyakit kronik
- Pemeriksaan saringan kanser wanita seperti papsmear / pemeriksaan kendiri
- HPV(Human Papiloma Virus self kit)
- Kit Ujian Pantas: Denggi / Influenza / Covid/ HIV / GBS/ RSV
Buat Temu Janji
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
"*" indicates required fields

