230301-02941-11
Servis
Medical Check-up / Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji
Kemudahan Medical Check-Up lengkap dan penyiasatan perubatan di Klinik Dr Aziah dengan keputusan pantas, sama ada serta-merta atau pada hari yang sama.
Medical Check-up di klinik kami menyediakan pelbagai pemeriksaan kesihatan untuk mengesan, memantau dan menilai tahap kesihatan secara menyeluruh.
Kemudahan ujian yang lengkap membolehkan keputusan diperolehi serta-merta atau pada hari yang sama bagi memastikan rawatan dapat dimulakan dengan segera.
Dr Aziah berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai kes kesihatan akut dan kronik, termasuk pemeriksaan saringan awal untuk pencegahan penyakit serta pemantauan susulan secara berkala.
Berikut adalah jenis Medical Check-up yang ditawarkan:
- ECG (Electrocardiogram)
Pemeriksaan untuk menilai fungsi dan irama jantung bagi mengesan masalah seperti aritmia atau gangguan jantung. - Ujian Darah (Full Blood Count)
Menilai tahap hemoglobin, sel darah merah, sel darah putih dan platelet untuk mengesan jangkitan, anemia atau masalah kesihatan lain. - Pemeriksaan Gula Darah
Saringan dan pemantauan paras gula bagi mengesan atau mengawal diabetes. - Ultrasound Antenatal
Pemantauan perkembangan janin dan kesihatan ibu sepanjang kehamilan. - Ultrasound Ginekologi
Pemeriksaan rahim dan ovari untuk mengesan masalah seperti cyst, fibroid atau gangguan hormon. - Ultrasound Abdomen
Menilai organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan pundi hempedu. - Pemeriksaan Urin / Urinalisis
Mengesan jangkitan saluran kencing, masalah buah pinggang atau gangguan metabolik. - Pemeriksaan Darah Bayi Kuning (TSB)
Menilai tahap bilirubin bagi bayi yang mengalami jaundis. - Pemeriksaan Darah Penyakit Kronik
Pemantauan untuk tekanan darah tinggi, kolesterol, diabetes dan penyakit kronik lain. - Pemeriksaan Saringan Kanser Wanita (Pap Smear / Pemeriksaan Kendiri)
Saringan awal untuk mengesan perubahan sel serviks dan risiko kanser wanita. - HPV (Human Papilloma Virus Self Kit)
Kit saringan kendiri untuk mengesan jangkitan HPV secara lebih privasi dan mudah. - Kit Ujian Pantas (Denggi / Influenza / Covid / HIV / GBS / RSV)
Ujian saringan pantas untuk pengesanan awal jangkitan akut dengan keputusan segera.
Siapa Perlukan Pemeriksaan Kesehatan ?
- Individu yang ingin melakukan pemeriksaan kesihatan berkala
- Pesakit dengan penyakit kronik yang memerlukan pemantauan berkala
- Wanita hamil yang memerlukan pemeriksaan antenatal
- Individu yang mempunyai simptom seperti sakit dada, demam berpanjangan atau keletihan
- Wanita yang ingin membuat saringan kesihatan reproduktif
- Ibu bapa yang ingin memeriksa kesihatan bayi
Buat Temu Janji
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
"*" indicates required fields

