Servis

Rawatan Wanita Menopause

Servis rawatan wanita menopause merangkumi pelbagai perkhidmatan yang bertujuan untuk membantu wanita menguruskan perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka semasa peralihan ke fasa menopause.

Menopause berlaku apabila seorang wanita berhenti mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut, biasanya sekitar usia 45 hingga 55 tahun, dan ia menandakan penghujung tempoh reproduktif.

Selalunya, rawatan golongan wanita yang perimenopause dan menopause sering dilupakan dan terhad kerana kekurangan kemahiran dan latihan. Namun, di Klinik Dr Aziah, rawatan untuk pesakit wanita yg mengalami simtom menopause/perimenopause amat diutamakan.

Antara rawatan wanita menopause yang ditawarkan:

1. Kaunseling dan Pendidikan

  • Memberi maklumat tentang proses menopause dan perubahan hormon yang berlaku. Ini termasuk penerangan tentang tanda-tanda seperti hot flushes (peningkatan suhu badan mendadak), sweating at night, masalah tidur, dan perubahan mood.
  • Menyediakan sokongan psikologi untuk membantu wanita menguruskan perasaan atau kebimbangan yang mungkin timbul semasa peralihan menopause.

2. Rawatan Hormon (MHT)

  • Terapi Hormon Menopos(MHT) boleh diberikan untuk membantu mengimbangi kekurangan hormon estrogen dan progesteron semasa menopause. MHT dapat membantu mengurangkan simptom seperti hot flushes, peluh malam, kekeringan faraj, dan perubahan mood.

3. Sokongan Kesihatan Mental dan Emosi

  • Menopause boleh membawa kepada perubahan mood seperti kebimbangan, kemurungan, dan ketegangan. Servis ini termasuk sokongan psikologi atau rujukan kepada kaunselor atau terapi kognitif-tingkah laku.

4. Pemantauan Kesihatan Umum

  • Ujian Kesihatan: Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti ujian darah untuk memantau tahap kolesterol, gula darah, dan kepadatan tulang. Wanita menopause lebih berisiko untuk mengalami masalah kesihatan seperti osteoporosis atau penyakit jantung.
  • Pencegahan Osteoporosis: Menyediakan nasihat tentang cara meningkatkan kesihatan tulang, termasuk pengambilan kalsium dan vitamin D serta senaman yang sesuai.

5. Pengurusan Berat Badan dan Diet

  • Wanita dalam menopos cenderung mengalami perubahan dalam metabolisme, yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Diet seimbang dan senaman disarankan untuk menguruskan berat badan dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan.
  • Menyediakan nasihat pemakanan untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, atau penyakit jantung.

6. Pengurusan Gejala Fiziikal Lain

  • Menyediakan rawatan atau nasihat untuk gejala-gejala lain yang sering dialami wanita menopause seperti kekeringan faraj, kesukaran tidur, penurunan libido, dan masalah kencing.

7. Senaman dan Gaya Hidup Sihat

  • Memberi nasihat tentang senaman yang sesuai semasa menopause untuk mengurangkan stres, meningkatkan kesihatan jantung, dan mengekalkan kekuatan otot dan tulang.
  • Menggalakkan gaya hidup yang aktif untuk mengurangkan risiko kesihatan jangka panjang seperti penyakit jantung dan diabetes.

8. Rawatan Alternatif

  • Sesetengah wanita mungkin berminat untuk mencuba rawatan alternatif seperti suplemen PHYTOESTROGEN yang terdapat di Klinik Dr Aziah yg sangat berkesan.

Siapa Perlu Rawatan ?

  • Wanita Berusia 40–55 Tahun Yang Mengalami Perubahan Kitaran Haid
  • Wanita Yang Mengalami Hot Flushes Dan Peluh Malam
  • Wanita Dengan Gangguan Tidur Atau Insomnia
  • Wanita Yang Mengalami Perubahan Mood, Kebimbangan Atau Kemurungan
  • Wanita Dengan Kekeringan Faraj Atau Ketidakselesaan Semasa Hubungan Intim
  • Wanita Yang Mengalami Penurunan Libido
  • Wanita Dengan Kenaikan Berat Badan Tanpa Sebab Jelas
  • Wanita Berisiko Osteoporosis Atau Penyakit Jantung
  • Wanita Dalam Fasa Perimenopos Atau Telah Disahkan Menopos

Suplemen Premium

Buat Temu Janji

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.