230301-02941-11
Servis
Pemeriksaan Antenatal Ibu Mengandung
Pemeriksaan Antenatal Ibu Mengandung Komprehensif Dengan Pendaftaran Buku Pink, Pemantauan Berkala Dan Imbasan Ultrasound Untuk Memastikan Kesihatan Ibu Dan Perkembangan Bayi Sehingga 40 Minggu Kehamilan.
Servis Pemeriksaan Antenatal Ibu Mengandung di klinik kami menyediakan penjagaan menyeluruh sepanjang tempoh kehamilan bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Klinik Dr Aziah menawarkan pakej rawatan lengkap bermula dari awal kandungan sehingga minggu ke-40 bersama pakar perubatan keluarga.
Ibu mengandung juga boleh membuat booking dan pendaftaran “buku pink” serta menjalani imbasan ultrasound untuk pengesahan dan pemantauan perkembangan kandungan secara berkala.
Berikut adalah apa yang boleh dilakukan dalam Pemeriksaan Antenatal Ibu Mengandung yang ditawarkan:
- Booking / Pendaftaran Buku Pink
Membantu ibu hamil membuka rekod rasmi kehamilan untuk pemantauan kesihatan sepanjang tempoh kandungan. - Pakej Rawatan Lengkap Kehamilan
Pelan penjagaan ibu mengandung dari awal kehamilan sehingga 40 minggu bersama pakar perubatan keluarga. - Imbasan Ultrasound
Ultrasound untuk pengesahan kehamilan serta pemantauan perkembangan dan kesejahteraan bayi dalam kandungan. - Pemantauan Berkala
Pemeriksaan rutin bagi memastikan tekanan darah, berat badan dan kesihatan ibu sentiasa terkawal sepanjang kehamilan.
Siapa Perlu Pemeriksaan ?
- Wanita yang baru disahkan hamil
- Ibu mengandung yang ingin membuka buku pink
- Wanita yang ingin mendapatkan pakej penjagaan lengkap sepanjang kehamilan
- Ibu hamil yang memerlukan ultrasound untuk pengesahan dan pemantauan perkembangan bayi
- Ibu mengandung yang ingin dipantau oleh pakar perubatan keluarga sehingga bersalin
Pakej Buku Pink
Full Pakej RM2200
- 1 buku pink diberikan
- 12x pemeriksaan sepanjang kehamilan sehingga 40 minggu
- Konsultasi bersama doktor setiap lawatan
- 12x ultrasound 2D
- 1x ultrasound 5D/6D
- 1x ultrasound detail scan bermula dari (18 minggu–24 minggu)
- Ujian darah diambil 1x semasa awal kehamilan seperti (blood group + HIV + hepatitis B + TPHA + VDRL + FBC)
- 1x ujian minum air gula (MOGTT)
- 12x ujian air kencing (UFEME)
- 3x pemeriksaan (hemoglobin)
- 1x suntikan vaksin tetanus/Tdap (kancing gigi)
- Supplement asid folik dan zat besi diberikan sepanjang pemeriksaan
- Percuma 1x pemeriksaan jaundice
- Tambahan bayaran sekiranya perlu mengikut individu
- MOGTT (kali kedua)
- Vitamin tambah darah (Maltofer/Iberet)
Buka Buku Sahaja RM220
- 1 buku pink
- Konsultasi bersama Dr
- Ujian darah diambil 1x semasa awal kehamilan seperti (blood group + HIV + hepatitis B + TPHA + VDRL + FBC)
- Scan 2D
- Vitamin asid folik + zat besi (percuma untuk pertama kali sahaja)
Buat Temu Janji
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
"*" indicates required fields

