Servis

Rawatan Masalah Kesihatan Seksual & Penyakit Kelamin

Servis Rawatan Masalah Kesihatan Seksual & Penyakit Kelamin di klinik kami merangkumi pemeriksaan, diagnosis dan rawatan lengkap berdasarkan punca penyakit dengan menjaga privasi pesakit sepenuhnya.

Klinik Dr Aziah menyediakan rawatan mengikut diagnosis yang tepat menggunakan ubat oral dan suntikan berdasarkan garis panduan rawatan terkini.

Selain itu, pesakit juga diberikan kaunseling profesional mengenai penyakit kelamin, langkah pencegahan serta pilihan rawatan terbaik.

Apa Itu  Masalah Kesihatan Seksual & Penyakit Kelamin ?

Kesihatan seksual ialah keadaan kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial berkaitan fungsi dan hubungan seksual — bukan sekadar bebas daripada penyakit. Kesihatan kelamin STI ialah (Sexual Transmitted Infections) jangkitan yang merebak melalui hubungan seksual.

Kelebihan  Rawatan Kesihatan Seksual & Penyakit Kelamin

  • Konsultasi secara sulit dan profesional
  • Rawatan berdasarkan garis panduan perubatan terkini
  • Ujian makmal yang tepat dan cepat
  • Doktor berpengalaman dalam pengurusan kes kesihatan seksual
  • Susulan berkala untuk memastikan rawatan berkesan

Berikut adalah apa yang boleh dilakukan dalam Rawatan Masalah Kesihatan Seksual & Penyakit Kelamin yang ditawarkan:

  • Penilaian Dan Diagnosis Tepat
    Pemeriksaan klinikal dan ujian yang sesuai untuk mengenal pasti punca jangkitan atau masalah kesihatan seksual.
  • Rawatan Ubat Oral Dan Suntikan
    Rawatan diberikan mengikut diagnosis dan panduan rawatan terkini untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan pesakit.
  • Pengurusan Penyakit Kelamin
    Rawatan bagi pelbagai jangkitan kelamin dengan pemantauan susulan untuk memastikan jangkitan sembuh sepenuhnya.
  • Kaunseling Dan Pendidikan Kesihatan
    Memberikan penerangan mengenai penyakit kelamin, cara penularan, langkah pencegahan serta amalan hubungan yang lebih selamat.
  • Penjagaan Privasi Pesakit
    Semua konsultasi dan rawatan dijalankan secara sulit dan profesional bagi memastikan keselesaan serta keyakinan pesakit.

Kenapa Perlukan Rawatan ?

  • Membantu pesakit mendapatkan rawatan awal.
  • Mengurangkan komplikasi jangka Panjang.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup.
  • Merawat penyakit kelamin mengikut punca/diagnosis. Rawatan oral beserta suntikan mengikut rawatan terkini.
  • Kaunseling tentang penyakit kelamin dan cara menghindarinya dengan memberikan rawatan terbaik.

Siapa Perlu Rawatan ?

  • Individu yang mengalami simptom seperti keputihan luar biasa, luka, ruam atau sakit pada kawasan sulit
  • Individu yang mengalami sakit semasa kencing atau hubungan intim
  • Mereka yang mempunyai pasangan berisiko atau disahkan menghidap penyakit kelamin
  • Individu yang ingin mendapatkan pemeriksaan saringan penyakit kelamin
  • Pasangan yang memerlukan kaunseling kesihatan seksual

Buat Temu Janji

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.