Servis

Program Obesiti & Berat Badan

Servis Program Pengurusan Obesiti di klinik kami direka untuk membantu pesakit menurunkan berat badan secara selamat, berkesan dan berasaskan panduan rawatan obesiti terkini di Malaysia.

Sehingga kini, lebih 300 pesakit telah mendapatkan rawatan bagi masalah berat badan dan obesiti dengan pemantauan profesional.

Klinik Dr Aziah menyediakan rawatan ubat secara oral dan suntikan yang ‘up to date’, serta menggunakan penimbang InBody untuk mengukur lemak viseral, jisim otot dan peratus lemak badan secara tepat bagi memastikan pelan rawatan yang lebih tersasar dan efektif.

Berikut adalah apa yang boleh dilakukan dalam Program Pengurusan Obesiti yang ditawarkan:

  • Penilaian Kesihatan Dan Indeks Jisim Badan (BMI)
    Pemeriksaan menyeluruh termasuk sejarah kesihatan, BMI dan faktor risiko seperti diabetes, darah tinggi dan kolesterol.
  • Analisis Komposisi Badan Dengan InBody
    Penggunaan mesin InBody untuk mengukur lemak viseral, jisim otot dan komposisi badan secara terperinci bagi membantu merancang strategi penurunan berat badan yang sesuai.
  • Rawatan Ubat Suntikan
    Pilihan rawatan seperti suntikan Saxenda (liraglutide), Ozempic (semaglutide) dan Trulicity (dulaglutide) yang membantu mengawal selera makan dan metabolisme.
  • Rawatan Ubat Oral
    Ubat seperti Contrave, Duromine dan Rybelsus yang diberikan mengikut kesesuaian pesakit dan penilaian doktor.
  • Modul Penurunan Berat Badan Berstruktur
    Pelan pengurusan berat badan yang merangkumi panduan pemakanan, perubahan gaya hidup dan pemantauan berkala untuk memastikan hasil yang konsisten dan selamat.
  • Pemantauan Berkala
    Susulan berkala untuk memantau perkembangan berat badan, komposisi badan dan tindak balas terhadap rawatan ubat.

Siapa Perlu Program Pengurusan Ini ?

  • Individu yang mempunyai BMI berlebihan atau obesiti
  • Pesakit dengan penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi atau kolesterol tinggi
  • Individu yang gagal menurunkan berat badan melalui diet dan senaman sahaja
  • Wanita selepas bersalin yang ingin menguruskan berat badan
  • Individu yang memerlukan rawatan ubat untuk membantu mengawal selera makan
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan secara selamat dengan pemantauan doktor

Suplemen Penurunan Berat Badan

Dapatkan Suplemen Penurunan Berat Badan bagi membantu proses dengan lebih baik:

Buat Temu Janji

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.