Servis

Klinik Rawatan Kesuburan Wanita & Lelaki (Infertiliti)

Servis Rawatan Kesuburan (Infertiliti) di klinik kami merangkumi penilaian dan rawatan menyeluruh bagi pasangan yang menghadapi kesukaran untuk hamil. Rawatan diberikan berdasarkan punca masalah sama ada melibatkan faktor wanita, lelaki atau kedua-duanya.

Klinik Dr Aziah merawat pelbagai masalah kesuburan wanita seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), endometriosis, ovarian cyst, fibroid dan gangguan kitaran haid.

Selain itu, rawatan juga disediakan untuk masalah kesuburan lelaki termasuk kualiti sperma yang rendah, masalah mati pucuk (erectile dysfunction) dan ejakulasi pramatang.

Kami turut mempunyai rangkaian kolaborasi bersama Mahkota Medical Centre, Melaka dan pakar fertiliti bagi memastikan pesakit mendapat rawatan lanjutan yang komprehensif jika diperlukan.

Berikut adalah apa yang boleh dilakukan dalam Rawatan Kesuburan(Infertiliti) yang ditawarkan:

  • Rawatan untuk masalah-masalah kesuburan wanita seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), endometriosis, ovarian cyst, fibroid dan masalah menses.
  • Menyediakan ubat kesuburan seperti clomid dan letrozole serta suntikan.
  • Menyediakan prosedur kesuburan iaitu permanian beradas atau Intrauterine Insemination (IUI).
  • Mempunyai rangkaian kolaborasi bersama Mahkota Medical Centre (MMC), Melaka dan Pusat Kesuburan Sofea, PJ Kuala Lumpur.
  • Rawatan untuk masalah kesuburan lelaki (kualiti sperma) dan kesihatan lelaki seperti masalah mati pucuk (erectile dysfunction) dan ejakulasi pramatang.
  • Pemeriksaan dan penilaian kesuburan lengkap untuk suami dan isteri (fertility assessment).
  • Ujian hormon wanita seperti (FSH, LH, prolactin, AMH, dan thyroid function test).
  • Follicular monitoring scan untuk memantau perkembangan telur (ovulation tracking).
  • Ujian tiub fallopio (HSG – hysterosalpingogram).
  • Ujian analisis sperma (semen analysis).
  • Rawatan untuk masalah ovulasi tidak teratur atau tidak ovulasi.
  • Kaunseling pra-kehamilan (pre-pregnancy counseling) termasuk nasihat pemakanan dan gaya hidup sihat.
  • Pengurusan berat badan untuk pesakit (PCOS) bagi meningkatkan peluang kehamilan.
  • Pemantauan awal kehamilan selepas rawatan kesuburan (early pregnancy scan & follow-up).

Siapa Perlu Rawatan Kesuburan (Infertiliti) ?

  • Pasangan yang telah mencuba hamil lebih daripada 12 bulan tanpa kejayaan
  • Wanita dengan masalah haid tidak teratur atau PCOS
  • Wanita dengan sejarah endometriosis, fibroid atau ovarian cyst
  • Lelaki dengan masalah kualiti sperma atau kesihatan seksual
  • Pasangan yang ingin mendapatkan penilaian kesuburan sebelum merancang kehamilan
  • Pasangan yang memerlukan prosedur IUI untuk meningkatkan peluang kehamilan

Pakej Rawatan di Klinik Kesuburan Wanita & Lelaki Dr Aziah

Pakej Rawatan Kesuburan Wanita & Lelaki (Infertiliti) di Klinik Dr Aziah

Pakej Cinta Ke Jannah – Untuk Suami & Isteri RM699

  • 2x Konsultasi bersama Dr Aziah
  • 1x Ultrasound TVS(TRANSVAGINAL SCAN)
  • 1x Ujian darah hormon untuk isteri (AMH)
  • Ujian semen analisis/ ujian sperma untuk suami (SPERM)
Pakej Ultrasound TVS (TRANSVAGINAL SCAN) dan Ujian Semen Analisis/Ujian Sperma Klinik Dr Aziah

Pakej SURI HATIKU – untuk Isteri sahaja RM160

  • 1x Konsultasi bersama Dr Aziah
  • 1x Ultrasound TVS(TRANSVAGINAL SCAN)

Pakej IMAMKU – untuk Suami sahaja RM120

  • 1x Konsultasi bersama Dr Aziah
  • 1x Ujian semen analisis/ujian sperma

Buat Temu Janji

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.