Servis

Rawatan Pesakit HIV (PLHIV)

Rawatan Pesakit HIV (PLHIV) – People Living with HIV di klinik kami melibatkan penjagaan asas dan sokongan untuk menguruskan keadaan ini, dengan fokus pada memastikan kesihatan pesakit terkawal dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Dr Aziah mempunyai pengalaman yang luas dalam merawat pesakit PLHIV ketika bertugas di klinik kesihatan dan mendapat latihan ketika pasca ijazah di HUKM, Cheras, KL.

Berikut adalah apa yang boleh dilakukan dalam Rawatan PLHIV yang ditawarkan:

  • Penilaian Kesihatan Umum
    Pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memastikan tidak ada masalah kesihatan lain yang timbul, seperti jangkitan atau penyakit lain yang berkaitan dengan PLHIV.
  • Ujian HIV
    Ujian darah untuk mengesan tahap virus HIV(Viral load) dalam badan dan memeriksa tahap CD4 (sel imun yang menurun apabila seseorang dijangkiti HIV).
  • Rawatan Antiretroviral (ARV)
    Memberi preskripsi dan rawatan ubat ARV/HAART (ubat untuk merawat HIV). Ubat ini membantu mengurangkan jumlah virus dalam badan dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan. Rawatan ARV perlu diambil secara berterusan.
  • Sokongan Emosi dan Psikologi
    GP mungkin juga memberi sokongan emosi kepada pesakit, memberi maklumat tentang cara hidup yang sihat, dan memberi nasihat mengenai kesihatan mental.
  • Pencegahan Jangkitan
    Pesakit PLHIV lebih terdedah kepada jangkitan lain.Pemberikan vaksin dan rawatan pencegahan, seperti vaksin untuk hepatitis, pneumokokus, atau penyakit lain yang boleh membahayakan sistem imun mereka. Semua vaksin yang diperlukan terdapat di klinik.
  • Pemantauan Berkala
    Pemantauan berkala untuk memastikan rawatan berkesan dan untuk memeriksa kesan sampingan ubat ARV, serta tahap kesihatan keseluruhan pesakit.

Siapa Perlu Rawatan Pesakit HIV (PLHIV) ?

  • Individu yang telah disahkan positif HIV dan memerlukan pemantauan serta rawatan berterusan
  • Individu yang baru menerima diagnosis HIV dan memerlukan kaunseling serta permulaan terapi antiretroviral (ART)
  • PLHIV yang ingin memantau tahap viral load dan kiraan CD4 secara berkala
  • Individu yang mengalami kesan sampingan ubat HIV dan memerlukan pelarasan rawatan
  • Wanita hamil yang hidup dengan HIV untuk mengurangkan risiko penularan kepada bayi
  • Individu yang memerlukan sokongan kesihatan menyeluruh termasuk kaunseling dan pengurusan jangkitan berkaitan
Perlukan Rawatan lain? Lihat Servis yang kami berikan:

Buat Temu Janji

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.